SELAMAT DATANG KE LAMAN MUSANI HERBS

PENGENALAN

Posted by aidah Saturday, September 25, 2010

Salam buat semua pengunjung blog yg membaca blog ini. Kepada sesiapa yg pernah mengunjungi blog sy di URL www.aidahomeer.blogspot.com tentu dah mengenali sy. Blog ini saya buat atas permintaan adik lelaki saya bagi tujuan menjual produk2 herba.

Kalau sesiapa yg pernah berkunjung keblog saya tentu tahu tentang diri saya yg mengidap kanser payudara. Walaupun hanya diperingkat permulaan tetapi saya sentiasa berusaha mencari makanan2 / minuman2 suplemen tambahan bagi meningkat kualiti kesihatan saya. Bermacam2 suplement yg saya pernah ambil , dari yang mahal sampai lah yang murah. Mula2 saya diperkenalkan dengan KOPI TUNJUK LANGIT ini oleh adik lelaki saya lebih kurang sebulan yang lalu. Ketika itu saya mengalami batuk yang agak teruk. Puas pergi keklinik dan bermacam ubat dh saya cuba, alhamdulillah berkat saya megambil KOPI TUNJUK LANGIT dan KAPSUL batuk saya pun berkurangan dan sekarang ni saya jarang batuk dan saya rasa badan pun semakin ringan je. Macam saya yg ada kanser ni bila makan ubat macam2 kesan sampingan yg saya alami, antaranya badan terasa lemah, kesukaran tidur malam dan emosi selalu je tak tentu. Mula2 minum tu bukan kerana saya beria2 nak minum tapi sekadar nk bagi sokongan kat adik je. Tapi bila dah hampir sebulan meminumnya saya dapat rasakan perubahan pada diri saya. Disamping Kopi Tunjuk Langit sesekali saya juga mengambil minuman2 herba yang lain seperti Teh Roselle dan Teh Sauda Mengkudu. Teh Sauda Mengkudu tu memang bagus untuk kita kaum wanita ni. Kepada yang mengenali diri saya memang tahu saya sememangnya sukar menerima ubat2 herba ni. Tapi alhamdulillah sejak mengamalkan minuman2 herba ni badan pun terasa ringan je.

So kepada para pengunjung blog sekiranya berminat boleh lah hubungi adik saya atau saya sendiri untuk mendapatkan produk-produk ini.

Tentang Buah Tunjuk Langit

Posted by aidah Tuesday, March 30, 2010



Buah Switernia Macrophyllae yang lebih dikenali sebangai Buah Tunjuk Langit telah mendapat perhatia di mata dunia sejak kebelakangan ini setelah banyak kajian bioteknologi dijalankan menemui perlbagai kebaikan yang boleh diperolehi daripada buah tersebut . Pakar - pakar saintis bioteknologi berpendapat bahawa biji dan buah Tunjuk Langit mengandungi banyak khasiat herba semulajadi yang boleh dijadikan penawar bagi membantu dan meningkatkan system semulajadi yan boleh dijadikan penawar bagi membantu dan meningkatkan system pengedaran darah di dalam tubuh manusia.

Biji Tunjuk Langit mempunyai keistimewaan yang sukar diperoleh dari mana - mana tumbuhan herba di seluruh dunia . Ia mengandungi kandungan tertinggi tiga kompositif aktif utama iaitu FLAVONOIDS , SAPONINS, dan BITTER ALKALOID . Di samping itu , ia juga mengandungi pelabagai nutrisi semulajadi yang dapat mengekalkan tahap kesihatan badan dan meningkatkan tenaga keseluruhan badan manusia seperti protein , minerals , pelbagai vitamin kabohidrat dan sebagainya .

Fakta nutrisi Biji Tunjuk Langit
  • Potassium
  • Vitamin B
  • Vitamin E
  • Zat besi
  • Kalsium
  • Vitamin D
  • vitamin B6
  • Asid Folik
  • Magnesium
  • Kabohidrat
  • Sodium
  • Vitamin A
  • Vitamin B3
  • Protein
FUNGSI-FUNGSI UTAMA FLAVONOIDS
  • mengurangkan tahap gula dalam darah
  • menyeimbankgkan kandungan gula dalam darah
  • memperbaiki kelancaran peredaran darah
  • menyingkirkan redikal bebas dalam tubuh badan
  • Memperbesardan menguatkan keanjalan saluran darah
  • Mengurangkan kandungan kolestrol yang telah baik di dalam darah
FUNGSI-FUNGSI UTAMA SIPONINS
  • mempertingkatkan daya tahan tubuh badan ( daya imusin )
  • merangsangkan perembesan insulin dari pankrias
  • menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan
  • melancarkan system saluran pernafasan
  • mempertingkatkan daya penghasilan sperma kaum lelaki
  • memperbaiki system peredaran darah
  • menyah toksid dalam badan ( ditoksifikasi )
  • mengelakkan kemabukan dan keracunan
  • mententeramkan fikiran dan otak
  • menghilangkan kelesuan minda
  • melambatkan proses penuaan
BITTER AKALOID menandakan bahawa biji Tunjuk Langit adalah amat pahit sekiranya dimakan begitu sahaj . Rasa pahit disebabkan oleh kandungan bitter alkaloid yang tinggi di mana ia membuatkan darah di dalam badan berasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit . Ini membantu pembinaan secara matang sel - sel darag putih di dalam tubuh manusia untuk memperkukuhkan sisten imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik .


Penyelesaian untuk anda dan keluaga
  • maslah jantung
  • angin ahmar(stroke)
  • tekanan darah tinggi
  • tekanan darah rendah
  • kencing manis
  • migrane/sakit kepala
  • asma
  • resdung
  • gout
  • alahan pernafasan
  • alahan kulit
  • buasir
  • saluran darah tersumbat
  • melambatkan unsur penuaan
  • kanser
  • psorials
  • penyakit hati
  • masalah kolestro tinggi
  • masalah kemandulan
  • anggota badan kebas
  • masalah tulang belakang
  • lesu pada bahagian mata
  • kemerosotan sistem saraf
  • sembelit/gastrik/cirit-birit
  • kurang bertenaga/keletihan
  • masalah kegemukan
  • sakit buah pinggang
  • sakit jantung/dada
  • masalah kekejangan otot
  • masalah tidur(isomnia)
  • masalah haid / keputihan
  • pemeliharaan kecantikan
  • masalah hubungan kelamin
  • deman dan sakit tekak

MAS COTEK

Posted by aidah Saturday, March 27, 2010




Pokok Emas Cotek ataupun Mas Cotek merupakan sejenis pokok herba yang digunakan dalam bidang perubatan Melayu. Dalam perubatan Melayu pokok mas cotek ini dibahagikan kepada mas cotek jantan (berdaun kecil) dan betina (berdaun besar) .

Mas cotek atau dalam bahasa saintifiknya, Ficus deltoidea merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya di kalangan pengamal perubatan tradisional. Selain Tongkat Ali dan Kacip Fatimah, Mas cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan.


Khasiat Mas Cotek ini adalah :

-membetulkan kerosakkan urat saraf
-mengetatkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim bg wanita selepas bersalin
-meningkatkan keinginan hubungan suami isteri
-membantu mengawal tekanan darah tinggi
-merawat penyakit paru-paru berair
-mampu merawat migrain, resdung, diabetes, gout, batu karang, tekanan darah tinggi/rendah
-kandungan flavonoid yang tinggi untuk mengekalkan keayuan dan awet muda
-mengurangkan tahap kolestrol dalam darah
-mengurangkan keletihan dan kelesuan badan
-membantu masalah keputihan
-melancarkan peredaran haid

Khasiat Misai Kucing

Posted by aidah



Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.Nama lainnya ialah Kumis kucing, cat whisker, kabling gubat, remujung, Javatee, Lamiaceae, Orthosiphon Aristatus, Orthosiphonblaetter, Indisher Nierentee, Feuilles de Barbiflore, Java Tea, Kidney Tea, Koemis Koetjing and Yaa Nuat Maeo.


Herba Misai Kucing telah digunakan sejak beratus-ratus tahun dahulu oleh pengamal perubatan tradisional untuk merawat penyakit berkaitan pundi kencing (seperti batu karang) dan buah pinggang. Kandungan ortosifonim dan garam kalium (yang terdapat pada daunnya), merupakan komponen utama yang membantu larutnya asid urik, fosfat dan oksalat dalam tubuh manusia, terutama dalam hempedu ataupun ginjal sehingga dapat mencegah terjadinya endapan batu karang. Kandungan saponin dan tanin pada daun juga boleh mengubati penyakit keputihan yang dialami oleh sesetengah wanita.

Khasiat Peria Katak

Posted by aidah




Peria katak (bahasa Inggeris: bitter gourd, bitter melon, balsam pear atau balsam apple) ialah pokok menjalar subtropika daripada famili Cucurbitaceae yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan. Pokok ini banyak ditumbuh di Asia Selatan, Asia Tenggara, China, dan Caribbean untuk buahnya yang boleh dimakan dan yang merupakan sayur yang paling pahit di dunia. Tempat asalnya tidak diketahui kecuali pokok ini berasal dari kawasan tropika. Nama botaninya Momordica charantia.


Peria katak juga mempunyai pelbagai kegunaan sebagai ubat tradisional di sekeliling dunia, serta berpotensi untuk merawat jangkitan HIV. Dalam perubatan Ayurveda India, Peria Katak sering diperlihatkan sebagai sejenis "insulin tumbuhan" dan oleh itu, amat disyorkan untuk pesakit kencing manis. Di Filipina, teh peria katak digunakan dengan amat berjaya untuk merawat kencing manis dan kawalan gula darah bagi orang miskin.

Rasa pahit peria katak datangnya daripada kandungan kuinin yang tinggi dan secara kebetulan, telah dianggap oleh orang-orang Asia, serta Panama dan Columbia, sebagai bahan untuk mencegah dan merawat demam malaria

Khasiat Hempedu Bumi

Posted by aidah



Nama Botani bagi hempedu bumi ialah Andrographis paniculata atau nama lainnya ialah Hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita (Malaysia), king of bitter, creat, green chireta (Inggeris), kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian (China), Sambiloto (Indonesia).

Hempedu bumi banyak dijumpai di China, India, Thailand dan gugusan kepulauan Melayu. Herba semusim jenis renek ini boleh tumbuh dengan ketinggian sehingga 90 cm. Daunnya berwarna hijau tua di permukaan atas dan hijau muda di bawah permukaannya. Batangnya pula berwarna hijau, berbentuk empat segi dan berbuku. Setiap buku mempunyai dua helai daun. Bunganya pula kecil dan berwarna ungu. Buah atau lengainya bersaiz purata 25 mm panjang dan 3 mm lebar. Pada peringkat awal, lenggai berwarna hijau nmuda dan apabila matang menjadi coklat muda. Lengainya pecah apabila matang dan menyebarkan benih di sekitarnya.


Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk :

  • darah tinggi
  • kencing manis
  • antiradang , anti bakteria dan anti virus
  • melegakan demam dan pencair kahak
  • pelawas pembuangan air besar
  • menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan
  • mempercepatkan pembekuan darah

Khasiat Kacip Fatimah

Posted by aidah


Kacip fatimah ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia, dan nama botaninya ialah Labisia pumila. Dalam kegunaan tradisional, kacip fatimah digunakan untuk mengekalkan sistem pembiakan yang baik bagi wanita, untuk mengetatkan dan melincirkan serta meningkatkan fungsi seksual seperti tongkat ali.Kacip fatimah juga boleh digunakan untuk :

  • buasir, sakit dalam tulang, meroyan.
  • ibu bersalin